Ekonomi kewangan Wang

Wang merupakan topik utama yang dipelajari dalam bidang ekonomi dan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kewangan. Monetarisme adalah teori ekonomi yang kebanyakannya berkisar tentang penawaran dan keperluan untuk wang tunai. Kestabilan keperluan untuk wang tunai sebelum tahun 1980-an merupakan hasil kajian utama kerja Milton Friedman, Anna Schwartz, David Laidler dan banyak lagi. Perubahan teknikal, institusi dan perundangan telah mengubah ciri-ciri keperluan wang tunai semasa tahun 1980-an.

Perubahan teknikal, keinstitusian dan undang-undang telah mengubah keadaan permintaan wang semasa 1980-an dan sejak itu pengaruh monetarisme makin berkurang.

Polisi kewangan merupakan proses kerajaan, bank pusat atau pihak berkuasa dalam kewangan menguruskan penawaran wang untuk mencapai matlamat tertentu. Biasa matlamat polisi kewangan ialah untuk memberi ruang bagi pembangunan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil. Sebagai contoh, adalah jelas dicatatkan di dalam Akta Simpanan Persekutuan A.S. bahawa Lembaga Gabenor dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan harus dapat "mempromosi secara berkesan matlamat memaksimumkan buruh, menstabilkan harga dan mengawal selia kadar faedah jangka panjang." [10]

Polisi kewangan yang gagal boleh menjejaskan ekonomi dan masyarakat yang bergantung kepadanya. Ini termasuklah hiperinflasi, stagflasi, kemelesetan, pengangguran berleluasa, kekurangan barangan import, ketidakupayaan mengeksport barangan, bahkan kegagalan sistem kewangan hingga terpaksa kembali sistem ekonomi barter yang sememangnya kurang efisien. Ini berlaku di Rusia contohnya, setelah kejatuhan Kesatuan Soviet.

Kerajaan dan bank pusat telah mengambil kedua-dua pendekatan pengawalan dan pasaran bebas berkenaan polisi kewangan. Antara cara yang digunakan untuk mengawal penawaran wang termasuklah:

  • pembelian atau penjualan mata wang
  • peningkatan atau penurunan perbelanjaan kerajaan
  • peningkatan atau penurunan peminjaman kerajaan
  • penukaran kadar peminjaman atau pemberian pinjaman
  • pemanipulasian kadar pertukaran wang
  • cukai atau pelepasan cukai modal yang diimport atau dieksport
  • peningkatan atau penuruanan keperluan simpanan bank
  • pengawalan atau larangan mata wang persendirian

Terdapat banyak hujah sejarah tentang kombinasi fungsi wang, sesetengah pihak berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak pengasingan dan satu unit tunggal tidak mencukupi untuk mewakili kesemua fungsi tersebut. Modal kewangan adalah definisi yang lebih umum dan merangkumi semua instrumen cair, tidak mengira sama ada instrumen tersebut merupakan tender yang seragam.

Rujukan

WikiPedia: Wang http://www.amosweb.com/cgi-bin/awb_nav.pl?s=wpd&c=... http://www.bloomberg.com/markets/currencies/fxc.ht... http://www.economist.com/markets/bigmac/displaySto... http://www.etymonline.com/index.php?term=money http://www.financialsense.com/editorials/morgan/07... http://www.bu.edu/wcp/Papers/Econ/EconShep.htm http://www.federalreserve.gov/pf/pdf/pf_2.pdf http://www.bep.treas.gov/section.cfm/8/39 http://www.bis.org/publ/work137.htm http://www.econlib.org/library/mises/msT1.html